Monday 23 June 2008

UBB JUN 2008






Selamat menghadapi UBB 23-25 Jun kepada semua murid SKPK2. Semoga berjaya.

Latihan Manfaat Schoolnet Sekolah Anak Angkat GiTN

Latihan ini melibatkan semua guru-guru SK Pengkalan Kubor 2.
Peringkat pertama telah diadakan pada 21 Jun 2008 melibatkan 20 orang guru.
Peringkat kedua pula akan diadakan pada 28 Jun 2008 melibatkan 20 orang guru.

Semua murid SKPK 2 telah diberi akaun zoom-a secara percuma oleh GiTN.

Fasilitator :-

1)En Adnan Ibrahim
2)En Mohd Rafi b Yusof

Sunday 15 June 2008

Terima Kasih

8.00pg.. Laman Web skpk2. http://www.skpk2.somee.com/ dapat dilayari seperti biasa mulai hari ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan -rakan JU yang telah membantu. Memberi pandangan cadangan dan menolong mematikan virus tersebut.

Tuesday 10 June 2008

Web Sekolah

09 Jun 2008 Web sekolah www.skpk2.somee.com telah diserang virus menyebabkan ianya tidak boleh dilayari.. Dan skuad laman web SKPK2 sedang berusaha untuk mematikan virus tersebut. Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pengunjung amat dikesali. Kami masih cuba untuk mengupload di tapak yang sama. Sekiranya tidak berjaya mungkin akan dipindahkan kepada tapak web houseting yang lain. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Sunday 8 June 2008

Welcome Back To School

Isnin 9 Jun... Sekolah mula dibuka setelah bercuti selama 2 minggu. Selamat kembali ke sekolah, selamat bertugas bagi warga pendidik, selamat menimba ilmu bagi anak didik. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang Islam. Tuntutlah ilmu dari alam buaian hingga ke liang lahad. Orang yang berilmu akan diangkat darjatnya oleh Allah walau di mana berada.

Wednesday 4 June 2008

Jom.... Cuti-cuti Malaysia

Cuti Pertengahan semester ni... 27 dan 28 Mei bertugas sebagai JU GITN JPN zoom a. Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan sempurna. 29 Mei pos laporan kedatangan peserta kursus ke BPG. Putrajaya. 2 Jun pula ke majlis kesyukuran adik ipar Cikgu Hamidi d Sg Pinang. kemudian terus ke Jertih. Juga hadir majlis kenduri adik Ipar Us Hussin member lama di MPI Bangi. 7.00 mlm sampai Kuala Terengganu. Solat Maghrib d Masjid Putih. Dengar tazkiran d situ. lepas Isya' terus ke Stadium Negeri... Ada perlawanan Takraw SUKMA... Kebetulan Ustaz Rahimi yang jadi pengadil. Ustaz Rahimi pernah berkhidmat di SK Bintang dan salah seorang JU Japim. Pakar dalam bidang komputer. Salah seorang guru saya dalam bidang ICT. Dan hari ni.. nak bawak keluarga ke Taman Tamadun Islam. Katanya masuk kena bayar RM10 dewasa. Budak-budak RM5.

5 Jun balik pagi-pagi ke Pengkalan Kubor. dalam perjalanan singgah di Agro Resort... bawak anak-anak mandi kolam free. Jumaat.. Petang.... Insya Allah sahabat ku Shukri dan Us Afendi al-Hafiz . saya sampai ke rumah kalian... kalau buah "star"ada tu tolong kaitkan ya...
Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland