Tuesday 30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Hari yang mulia ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung setia blog ini, rakan-rakan JU ICT negeri Kelantan. Warga SK Pengkalan Kubor 2, GPI, Guru Kafa, J-Qaf. Jiran tetangga, kaum keluarga, guru-guruku dan semua yang mengenali diri saya. Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lalu. Apa yang penting segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan di terima oleh Allah dan kita berpeluang lagi bertemu Ramadhan akan datang.

"Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Friday 19 September 2008

Ramadhan Al-Mubarak: Salamat Berpuasa

Datangnya bulan Ramadhan sememangnya ditunggu-tunggu. Raja bulan ini membawa rahmat dan maghfirah. 10 hari pertama adalah rahmat. 10 hari kedua adalah maghfirah. 10 hari terakhir adalah pembebasan dari neraka. Bersamalah merebut peluang keemasan yang disediakan oleh Allah s.w.t. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran kelebihan di bulan ini, lebih-lebih lagi anugerah malam Lailatul Qadr.
Jangan lepaskan peluang berterawikh, buatlah sampai 20 rekaat berjemaah lagi baik, banyakkan baca al-Quran, bersedeqah dan amalan-amalan sunat. Cuba elakkan anak-anak bermain mercun, merbahaya tu. Lebih-lebih lagi main mercun dekat surau atau masjid, mengganggu orang beribadah. Dan jangan membudayakan bulan Ramdhan semata-mata bulan "make colek dan main bedil(mercun)"

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu akan menghadapi dua kegembiraan pertama sewaktu berbuka kedua semasa menyambut hari raya"

Tuesday 16 September 2008

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa
Program Al-Falah
SKPK2

Tarikh : 11 September 2008
Tempat : Dewan Terbuka.


Semua warga SKPK 2, ibubapa dan murid program al-Falah datang berbuka puasa.

Tuesday 9 September 2008

Selamat Menghadapi UPSR

9 Semptember 2008. Selamat menghadapi peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun enam diseluruh Malaysia. Khususnya murid-murid SK Pengkalan Kubor 2. Semoga berjaya dengan cemerlang. Dan mendapat sijil yang berkat.

Saturday 6 September 2008

Sekitar Program Solat Hajat Perdana





Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan






Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51dan Solat Hajat Perdana

28 Ogos 2008 telah berlangsung 2 program di SK Pengkalan Kubor 2. Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 dan Solat Hajat Perdana untuk kecemerlangan murid-murid UPSR tahun ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan dimulakan dengan bacaan perutusan hari kemerdekaan. Kemudian pertandingan mewarna, perarakan kemerdekaan, pernyampaian hadiah kelas patriotik, basikal patriotik dan guru patriotik.


Program Solat Hajat Perdana pula bermula pukul 7.00mlm. Dihadiri oleh semua guru, murid dan ibubapa tahun 6. Imam solat malam itu adalah al-Fadhil Tn Hj Zamakhsari, imam muda masjid Pengkalan Kubor. Selepas solat Insya' Guru Penolong Kanan Pentadbiran, menyampaikan ucapan. Kemudian murid memohon restu ibubapa mereka.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland