Wednesday, 11 November 2009

CUTI TANGGUH BELAJAR

Cuti tangguh belajar murid-murid SK Pengkalan Kubor 2, disebabkan sekolah menjadi pusat pemindahan banjir sebagaimana berikut:

Tarikh : 11 -12 November 2009

Sekolah dibuka seperti biasa pada : 15 November 2009

Harap Maklum kepada semua ibubapa.

P/S: Murid jah cuti guru wajib datang seperti biasa.

Saturday, 7 November 2009

MUSIM TENGKUJUH DATANG LAGI

KOTA BHARU, 7 Nov....Banjir di negeri ini berlaku selepas hujan lebat berterusan selama empat hari yang menyaksikan lima jajahan terjejas dengan 1,210 mangsa dipindahkan. Malah, hujan lebat berterusan juga menyebabkan paras beberapa sungai mencatatkan peningkatan mendadak, melebihi paras bahaya dan mula melimpah ke kampung berdekatan tebing sungai.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan 10.22 meter berbanding paras bahaya 9 meter; paras Sungai Golok di Jenob pula 24.72 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan Sungai Kusial 17.51 meter (paras bahaya 16 meter). Keadaan itu menyebabkan semua jabatan dan agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan polis sudah membuka bilik gerakan mereka 24 jam mulai tengah hari semalam. Antara jajahan teruk terjejas ialah Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli yang mana sehingga jam 7 malam tadi, 20 pusat pemindahan dibuka iaitu empat di Kuala Krai, masing-masing tiga di Machang dan Tanah Merah serta sembilan di Pasir Mas. Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berkata, jajahan Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 432 mangsa dipindahkan, 308 di Kuala Krai, 249 mangsa di Tanah Merah, 188 di Machang dan 33 di Jeli.
Beliau berkata, limpahan air sungai yang mendadak menyebabkan sekurang-kurangnya lima jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Jambatan Tok Bok, Sungai Durian yang ditenggelami air sedalam satu meter. Tinjauan Berita Harian mendapati, limpahan Sungai Bukit Abal turut menyebabkan lebih 30 rumah di tebingnya ditenggelami air sehingga 0.4 meter. Seorang penduduk, Mohd Faiz Yaacob, 49, berkata jika hujan lebat berterusan kemungkinan besar mereka terpaksa berpindah kerana paras air di sungai berkenaan dibimbangi akan meningkat dengan cepat.
P/S : Jangan jadikan musim banjir sebagai pesta air.

Thursday, 5 November 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

TARIKH : 10 NOVEMBER 2009

HARI : SELASA

TEMPAT : DEWAN TERBUKA BLOK B

MASA : 10.00PG

PERASMIAN : PENYELIA AGAMA PPD TUMPAT

Saturday, 31 October 2009

Salam Takziah

Al-fatihah untuk arwah al-fadil Ustaz Abd Razab b Che Ali. Warga GPI yang bertugas di SMK Geting. Beliau telah meninggal pada pagi Jumaat 30 Oktober 2009. Telah selamat dikebumikan di Kubor Neting, Kg Geting, Tumpat.

September 1992, masih ku ingat disaat itu. Beliau dijemput untuk menyampaikan Seminar bagi Subjek Pendidikan Agama Islam tinggi kepada pelajar tingkatan lima. yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Ustaz jasamu tetap kukenang ilmu yang dicurahkan akan ku amalkan.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid beliau. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan al-fatihah kepada beliau.al-Faaatihah...

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Wednesday, 21 October 2009

PROGRAM SISTEM MAKLUMAT MURID VERSI 4.0

KURSUS SMM 4.0 UNTUK GURU DATA SEKOLAH PERINGKAT PPD.

TARIKH :21 OKTOBER 2009
HARI : RABU
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK TUMPAT

MASA: 8.00PG - 5.30PTG

TAKLIMAT : HJ MAT RAZI B MAT AIL
CERAMAH 1 : EN HASHIM ISMAIL
CERAMAH 2 : EN MAZLAN ABD SAMAD

Tuesday, 20 October 2009

Gempar 35 Sejadah Berdiri Di Surau

Oct 20, 09 6:29pm
Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan."Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan."Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri."Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat."Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA
P/s:-
Bagi saya ambillah iktibar bahawa manusia sekarang sudah tidak gemar lagi mengamalkan salah satu sunnah Rasul s. a.w. agar solat berjemaah. Lima waktu. Bahkan ramai manusia yang meninggal solat. Usahkan berjemaah.

Saturday, 12 September 2009

KURSUS INTEGRASI ICT

KURSUS INTEGRASI ICT GURU- GURU
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SBAK)
JPN KELANTAN
10-13 SEPTEMBER 2009
HOTEL YT MIDTOWN KUALA TERENGGANU
JUMLAH SEKOLAH 22
JUMLAH PESERTA 44










MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland