Thursday 20 November 2008

KURSUS PEMBUGARAN JURULATIH ICT

Tarikh : 24-27 November 2008
Tempat: Rossapasadenna Cameron Highland

Tuesday 18 November 2008

UPSR 2008

Keputusan UPSR tahun ini telah pun keluar pada 13 November yang lepas. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya. Tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus untuk kejayaan murid. Semoga segala usaha kita selama ini diberkati oleh Allah.

Bagi murid-murid yang akan meninggalkan SK Pengkalan Kubor 2, jaga nama baik sekolah walau di mana berada. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang berada di sini dapat menjadi panduan hidup pada masa hadapan. Ingatlah orang yang berilmu dan beramal akan diangkat darjatnya oleh Allah s.w.t.

Saturday 15 November 2008

Kursus Khas Guru Pendidikan Islam

Kursus Khas GPI, Kementerian Pelajaran Malaysia Fasa 4 Siri 2 ini telah diadakan pada:-

Tarikh : 06 November 2008(khamis)
Masa : 8.00-4.30ptg.
Tempat : Hotel New Pacific, Kota Bharu.
Perasmian Penutup : Tn Hj Ab Razak bin Mat Sa'at
Ketua Sektor Pendidikan Islam

Sehari menghadiri kursus best juga sebab dapat jumpa sahabat-sahabat lama semasa di maktab dan universiti. Dapatlah bertanya khabar dan bertukar buah fikiran. Lagi best dapat dengar ucapan Mufti Kelantan.

Cadangan kepada pihak penganjur agar mengadakan kursus ini 4 hari 3 malam sebagaimana tahun sebelum ini. Elakkan daripada bertindan dengan program lain yang juga adalah arahan SPIM dan Jakim. Contohnya 6 November 2008 adalah hari akhir UPKK. tapi hari yang sama GPI juga dipanggil kursus.

Ujian Pencapaian Kelas Kafa 2008

Ujian Penilaian Kelas Kafa 2008 telah diadakan pada 3-6 November 2008. Ujian ini melibatkan semua murid tahun lima. Jumlah calon UPKK di SK Pengkalan Kubor 2, tahun ini seramai 94 orang.

Saturday 1 November 2008

Cameron Highland

31 Oktber 2008. Jam 7.30 pg saya sekeluarga bertolak ke Cameron Highland. Sebenarnya sudah lama saya rancang untuk membawa keluarga bercuti di sana dan menikmati panorama malam di Berinchang dan Tanah Rata. Tetapi sentiasa terbantut disebabkan kekangan masa. Perancangan awal nak pergi masa cuti Depavali, tetapi sekolah orang rumah pula ada program PIBG.

Kebetulan pula pada minggu ini, sebuah sekolah di zon Pengkalan Kubor mengadakan hari keluarga di Cameron Highland. Kami tumpang sekali ikut rombongan tu. Maklumlah saya pun tak biasa dengan tempat tu. Kami sampai di Kampung Raja jam 12.45tgh kemudian solat Jumaat di situ. Berinchang Hotel adalah tempat penginapan kami. Sememangnya begitu indah alam ciptaan Allah. Begitu asyik memandang kehijauan ladang teh. Begitu dinginnya udara dan kebetulan malam Sabtu ada pasar malam di Berinchang. Tak tahan dengan sejuk, beli baju sejuk sehelai sorang. Harga sayur-sayuran pula 8 paket RM10. Biasanya kalau beli di pasar biasa 4@5 paket RM10.

Di Berinchang Hotel saya cuba akses internet menggunakan datakad celcom broadband sementara nak tunggu terbit matahari selepas solat subuh.Saya ambil peluang update blog pribadi dan membaca berita-berita akhbar utama. Hari ni katanya nak pusing banyak tempat lagi turut ajolah bagi kami yang tak tahu ni..

Rumusan Kursus

Kursus di kedua-dua tempat ini berjalan lancar. Para peserta boleh membina bahan interaktif P&P menggunakan power point. Walau bagaimanapun apabila masuk tajuk pengenalan dan mencari bahan melalui melalui intenet, line internet di kedua-dua tempat ini amat mengecewakan. Fasalitator terpaksa menggunakan datakad celcom broadband. Jadi para peserta tidak dapat melayari internet untuk mencari bahan p&p bersama fasalitator.

Sepatutnya masalah ini tidak berlaku, kerana pihak kementerian telah membayar sewa yang agak mahal tiap-tiap bulan kepada pihak terbabit, bagi memastikan line internet lancar. Sebagaimana kita membayar pakej streamyx kepada telekom tiap-tiap bulan. Saya amat berharap agar pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian ini tidak berulang di mana-mana sekolahpun. Tidak hairanlah jika proses p&p untuk murid-murid yang menggunakan portal pembelajaran terbantut di sebabkan masalah line walaupun diberi akaun percuma.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland