Thursday 31 December 2009

Salam 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga tahun ini akan terus membawa sinar kecemerlangan dalam segenap bidang yang diceburi. Kejar cita-cita, dan impian serlahkan usaha yang jitu disamping keazaman yang tinggi. Jangan lupa tawakal dan doa. Kejayaan, kecemerlangan pasti tercapai.

"Ya Allah berkatilah usaha yang aku lakukan, iringilah dengan rahmat dan taufikmu. Kurniakanlah kejayaan dalam segenap bidang yang kuceburi. Amin "

Thursday 17 December 2009

Kisah Hijrah Rasulullah

DETIK-DETIK HIJRAH RASULULLAH




Setelah musim haji selesai, Rasulullah sempat tinggal

di kota Mekah hingga bulan safar. Desas-desus yang

mengatakan bahawa baginda akan berhijrah ke kota

Yatsrib telah diketahui oleh kaum musyrikin. Mereka

mula mengadakan perundingan bagaimana caranya untuk

menghalang Rasulullah dari berhijrah.



Akhirnya setelah berbagai pandangan dan cadangan

diajukan, akhirnya mereka memutuskan Rasulullah mesti

dibunuh. Walau bagaimana rancangan jahat kafir Quraisy

telah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda melalui

Jibril. Rasulullah diperintahkan oleh Allah supaya

berhijrah ke Yatsrib.



Dengan tekad untuk melaksanakan perintah wahyu Ilahi

yang baru diterimanya, baginda segera mengatur

persiapan-persiapan yang diperlukan. Seketika itu

juga, walaupun di tengah panas yang terik, Rasulullah

berangkat menuju ke rumah sahabat karib baginda, Abu

Bakar As Siddiq dengan maksud menyampaikan perintah

hijrah itu.



Tatkala Rasulullah masuk ke rumah Abu Bakar, maka

kedua puteri Abu Bakar, iaitu Siti Asma’ dan Siti

Aisyah yang mula-mula melihat kedatangan baginda,

sudah merasakan tentu ada hal luar biasa yang hendak

disampaikan. Jika tidak masakan baginda datang di

waktu-waktu tengahari begini.



Rasulullah, kemudiannya memberitahu Abu Bakar

sesungguhnya Allah telah mengizinkan kepadanya untuk

berhijrah. Ketika itu juga airmata Abu Bakar menitis

membasahi mukanya. Ia menangis kerana kegembiraan yang

tidak terhingga. Sebelum ini Abu Bakar memang telah

menyusulkan kepada Rasulullah supaya mereka berhijrah

disebabkan keadaan yang begitu menekan dari masa ke

semasa. Tetapi Rasulullah selalu mengatakan belum ada

petunjuk dari Allah. Walaupun begitu, sebagai seorang

yang mempunyai pandangan jauh, maka sejak lama dulu

Abu Bakar telah mengatur persiapan-persiapan yang

diperlukan untuk hijrah. Cuma menunggu detik dan

saatnya saja lagi.



Setelah segala persiapan yang diperlukan siap diatur,

Rasulullah mengarahkan kepada Sayidina Ali supaya

tidur di kamar baginda. Tujuannya ialah supaya

pemuda-pemuda Musyrikin menyangka baginda masih tidur.

Di malam itulah juga iaitu malam Jumaat, bulan

RabiulAwal, tahun ke 13, setelah diutuskan menjadi

Rasul, pada 28 Jun 622 M, Rasulullah bersama dengan

Abu Bakar meninggalkan kota Mekah, tanahair tempat

tumpah darah mereka, bukan kerana takut, tapi atas

matlamat untuk menyelamatkan perjuangan Islam atas

petunjuk dan perintah Allah.



Keesokan harinya, ketika Ali bangun dari tidur,

pemuda-pemuda Quraisy yang diperintahkan mengepung

rumah Rasulullah mendapati yang ada di rumah itu hanya

Ali, bukannya Rasulullah. Dengan rasa hampa mereka

kembali dengan tekad untuk terus mencari Rasulullah

walau di mana juga baginda berada. Rasulullah saw dan

Abu Bakar meneruskan perjalanan mereka menuju

Pergunungan Tsaur yang jaraknya kira-kira setengah jam

saja berjalan kaki dari luar kota Mekah. Rasulullah

sendiri tidak memakai kasut hingga menyebabkan

luka-luka kecil dikakinya. Abu Bakar bertindak

melebihi seorang pengawal biasa. Sebentar beliau

berada di hadapan baginda dan sebentar kemudian berada

di belakang.



Menjelang tengah malam, sampailah mereka di gua Tsur,

yang terletak di lereng pergunungan. Abu Bakar-lah

yang membuka pintu gua dan kemudiannya masuk ke dalam

untuk membersihkannya terlebih dahulu. Ketika itulah

tangan Abu Bakar digigit oleh seekor binatang bisa,

tetapi hal itu tidak diceritakan kepada Rasulullah.

Sehinggalah apabila Rasulullah berbaring di pangkuan

Abu Bakar dan merasai titisan air mata beliau kerana

menanggung kesakitan, barulah Abu Bakar menceritakan

hal yang sebenarnya. Rasulullah lantas berdoa kepada

Allah dan seketika itu juga hilanglah bisa dan bengkak

pada tangan Abu Bakar.



Pada hari kedua, serombongan musuh yang diketuai oleh

Abu Jahal telah sampai di sekitar gua Tsaur tempat

persembunyian Rasulullah dan Abu Bkar. Sesama mereka

terjadi pertikaian, ada yang ingin masuk dan ada yang

enggan kerana memandangkan keadaan pintu gua yang

diliputi sarang labah-labah dan sarang burung

membayangkan tidak logik ada manusia yang baru masuk

ke dalamnya. Akhirnya mereka menerima keputusan dari

Umaiyah bin Khalaf yang menggesa supaya mereka jangan

membuang masa di pintu gua itu, malah lebih baik

mereka pergi saja ke tempat lain untuk mencari

Rasulullah.



Perbincangan antara sesama musuh-musuh yang

berlangsung di hadapan pintu gua itu jelas dapat

didengar oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Jantung Abu

bakar sudah berdebar-debar kerana khuatir kalau-kalau

musuh dapat mengesan yang mereka berada di dalam gua.

Debar jantung Abu Bakar segera diketahui oleh

Rasulullah. Dalam suara perlahan, baginda membisikkan

di telinga Abu Bakar bahawa sebenarnya mereka berdua

di gua itu tetapi bertiga iaitu dengan Allah swt.



Setelah dirasakan ancaman musuh sudah agak reda, maka

pada hari yang keempat, Rasulullah dan Abu Bakar

meninggalkan gua Tsaur untuk meneruskan perjalanan

menuju Yatsrib. Rasulullah mengendarai unta yang

bernama “Al Quswa” berdua dengan Abdullah bin Arqat

dan seekor lagi dinaiki oleh Abu Bakar dengan Amir

Fuhairah. Abdullah bin Arqat-lah yang bertindak

sebagai petunjuk jalan kerana dia memang arif dengan

jalan-jalan yang sepi dan aman.



Di pertengahan jalan, ketika mereka sedang menyusur

melalui tepi Laut Merah, tiba-tiba Abu Bakar menyedari

Surakah bin Malik iaitu orang upahan kafir Quraisy

yang ditugaskan untuk membunuh Rasulullah sedang

mengejar mereka dari belakang. Abu Bakar segera

memberitahu Rasulullah. Di wajah baginda sedikit pun

tidak membayangkan rasa cemas dan takut. tetapi Abu

Bakar kelihatan agak cemas. Sekali lagi Rasulullah

menenangkan Abu Bakar, bahawa Allah sentiasa bersama

dan akan membantu mereka.



Dengan pertolongan Allah, kuda dan Surakah sendiri

beberapa kali tersungkur ke bumi hingga menimbulkan

rasa cemas dan bimbang akan keselamatan dirinya, maka

dia pun menyeru kepada Rasulullah agar dimaafkan

segala kesalahannya dan dia juga berjanji akan

memberikan apa saja keperluan yang dihajati oleh

baginda. Namun Rasulullah menolak tawaran itu dan

Surakah dibebaskan begitu saja. Rasulullah kemudiannya

meneruskan perjalanan ke Yatsrib.



Rasulullah dan rombongan akhirnya sampai ke kota Quba,

satu tempat berhampiran dengan Yatsrib. Di Quba-lah

batu asas pertama diletakkan oleh Rasulullah bagi

membangunkan masjid pertama didirikan dalam sejarah

Islam.



Kini tibalah saat yang paling bersejarah bagi penduduk

kota Madinah. Rasulullah dan rombongannya telah tiba

di kota Yatsrib. Kedatangan baginda dialu-alukan

dengan selawat dan lagu selamat datang. Inilah satu

keramaian yang tidak pernah wujud sebelum dan selepas

itu.



Penduduk Yatsrib masing-masing mengharapkan Rasulullah

akan singgah di tempat mereka sebagai tamu kehormat.

Walau bagaimanapun demi untuk menjaga hati mereka,

maka Rasulullah hanya membiarkan saja ke mana arah

untanya pergi maka disitulah nanti baginda akan

singgah.



Akhirnya unta baginda berhenti di suatu lorong tempat

tinggal kaum Bani Najjar. Di situlah Rasulullah mula

menjejakkan kakinya di bumi Madinah. Di situ baginda

menjadi tamu di rumah Abu Ayub Al Ansari. Sejak itulah

kota Yatsrib ditukar namanya oleh penduduknya sendiri

menjadi Madinatun Nabi, yakni Kota Utusan Allah dan

kemudian disebut Madinatul Munawwarah iaitu kota yang

memancarkan cahaya.

Friday 27 November 2009

SALAM AIDILADHA

Kepada semua pengunjung setia. Salam Aidiladha. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah.

Sunday 22 November 2009

27 Orang Mendapat 5A

Tahniah! kepada murid-murid Sk PengkalanKubor2 kerana telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Tahniah juga kepada semua guru dan pihak sekolah. Semoga SK Pengkalan Kubor2 terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

P/S Jangan lupa sujud syukur.

Wednesday 18 November 2009

SELAMAT MENGHADAPI EXAM SPM

Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua pelajar tingkatan 5 di PPD Tumpat dan seluruh negeri kelantan. Semoga berjaya dan akan menjadi yang terbaik di Seluruh Malaysia.

Wednesday 11 November 2009

CUTI TANGGUH BELAJAR

Cuti tangguh belajar murid-murid SK Pengkalan Kubor 2, disebabkan sekolah menjadi pusat pemindahan banjir sebagaimana berikut:

Tarikh : 11 -12 November 2009

Sekolah dibuka seperti biasa pada : 15 November 2009

Harap Maklum kepada semua ibubapa.

P/S: Murid jah cuti guru wajib datang seperti biasa.

Saturday 7 November 2009

MUSIM TENGKUJUH DATANG LAGI

KOTA BHARU, 7 Nov....Banjir di negeri ini berlaku selepas hujan lebat berterusan selama empat hari yang menyaksikan lima jajahan terjejas dengan 1,210 mangsa dipindahkan. Malah, hujan lebat berterusan juga menyebabkan paras beberapa sungai mencatatkan peningkatan mendadak, melebihi paras bahaya dan mula melimpah ke kampung berdekatan tebing sungai.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan 10.22 meter berbanding paras bahaya 9 meter; paras Sungai Golok di Jenob pula 24.72 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan Sungai Kusial 17.51 meter (paras bahaya 16 meter). Keadaan itu menyebabkan semua jabatan dan agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan polis sudah membuka bilik gerakan mereka 24 jam mulai tengah hari semalam. Antara jajahan teruk terjejas ialah Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli yang mana sehingga jam 7 malam tadi, 20 pusat pemindahan dibuka iaitu empat di Kuala Krai, masing-masing tiga di Machang dan Tanah Merah serta sembilan di Pasir Mas. Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berkata, jajahan Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 432 mangsa dipindahkan, 308 di Kuala Krai, 249 mangsa di Tanah Merah, 188 di Machang dan 33 di Jeli.
Beliau berkata, limpahan air sungai yang mendadak menyebabkan sekurang-kurangnya lima jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Jambatan Tok Bok, Sungai Durian yang ditenggelami air sedalam satu meter. Tinjauan Berita Harian mendapati, limpahan Sungai Bukit Abal turut menyebabkan lebih 30 rumah di tebingnya ditenggelami air sehingga 0.4 meter. Seorang penduduk, Mohd Faiz Yaacob, 49, berkata jika hujan lebat berterusan kemungkinan besar mereka terpaksa berpindah kerana paras air di sungai berkenaan dibimbangi akan meningkat dengan cepat.
P/S : Jangan jadikan musim banjir sebagai pesta air.

Thursday 5 November 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

TARIKH : 10 NOVEMBER 2009

HARI : SELASA

TEMPAT : DEWAN TERBUKA BLOK B

MASA : 10.00PG

PERASMIAN : PENYELIA AGAMA PPD TUMPAT

Saturday 31 October 2009

Salam Takziah

Al-fatihah untuk arwah al-fadil Ustaz Abd Razab b Che Ali. Warga GPI yang bertugas di SMK Geting. Beliau telah meninggal pada pagi Jumaat 30 Oktober 2009. Telah selamat dikebumikan di Kubor Neting, Kg Geting, Tumpat.

September 1992, masih ku ingat disaat itu. Beliau dijemput untuk menyampaikan Seminar bagi Subjek Pendidikan Agama Islam tinggi kepada pelajar tingkatan lima. yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Ustaz jasamu tetap kukenang ilmu yang dicurahkan akan ku amalkan.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid beliau. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan al-fatihah kepada beliau.al-Faaatihah...

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Wednesday 21 October 2009

PROGRAM SISTEM MAKLUMAT MURID VERSI 4.0

KURSUS SMM 4.0 UNTUK GURU DATA SEKOLAH PERINGKAT PPD.

TARIKH :21 OKTOBER 2009
HARI : RABU
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK TUMPAT

MASA: 8.00PG - 5.30PTG

TAKLIMAT : HJ MAT RAZI B MAT AIL
CERAMAH 1 : EN HASHIM ISMAIL
CERAMAH 2 : EN MAZLAN ABD SAMAD

Tuesday 20 October 2009

Gempar 35 Sejadah Berdiri Di Surau

Oct 20, 09 6:29pm
Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan."Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan."Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri."Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat."Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA
P/s:-
Bagi saya ambillah iktibar bahawa manusia sekarang sudah tidak gemar lagi mengamalkan salah satu sunnah Rasul s. a.w. agar solat berjemaah. Lima waktu. Bahkan ramai manusia yang meninggal solat. Usahkan berjemaah.

Saturday 12 September 2009

KURSUS INTEGRASI ICT

KURSUS INTEGRASI ICT GURU- GURU
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SBAK)
JPN KELANTAN
10-13 SEPTEMBER 2009
HOTEL YT MIDTOWN KUALA TERENGGANU
JUMLAH SEKOLAH 22
JUMLAH PESERTA 44










Thursday 18 June 2009

Info Kepada Rakan-rakan Umrah

Gambar yang saya paparkan mungkin kecil jika di lihat. Tapi jangan bimbang tuan-tuan klik aje atas gambar tu ia akan membesar dan dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya ingin mengambil gambar tersebut klik kanan mouse, ambil save picture as, kemudian klik ok. Dan gambar tersebut akan disimpan dalam komputer tuan-tuan dalam my document folder my picture. ok selamat mencuba.
Untuk makluman rakan2 sekelian gambar2 sewaktu perjalanan pulang dari Mekah ke Jeddah dan Kaherah akan menyusul.

Kenangan Abadi Di Madinah
















Wednesday 17 June 2009

Kenangan Abadi Di Bumi Anbiya', Mesir






















Umrah Ziarah Cairo, Madinah, Mekah.

Pada 2-17 Jun. Dengan izin Allah swt. Saya dapat mengunjungi bumi para anbiya', mesir. Makam nabi di Madinah dan Tawaf Baitillah di Mekah. Semoga segala amal ibadah saya dan rakan-rakan semua dimakbulkan Allah.

Tuesday 26 May 2009

SKRIP RANCANGAN KURIKULUM EDUWEBTV







Bengkel Penghasilan Skrip Rancangan Kurikulum Untuk Eduwebtv Bahagian Teknologi Pendidikan Terbitan 2010






Tarikh : 25-26 Mei 2009



Tempat : Dewan Bestari BTPN Kelantan



Thursday 7 May 2009

Lawatan Ke MRSM Tumpat






Rabu. 6 Mei 2009. Seramai 89 orang murid tahun 6 diiringi 5 orang guru telah mengadakan lawatan ke MRSM Tumpat. Tujuan lawatan adalah sebagai motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi UPSR tahun ini. Maktab Rendah Sains MARA Tumpat dijangka akan mengambil pelajar baru bermula 2010. Keutamaan akan diberikan kepada warga Tumpat sendiri yang mendapat 5A UPSR 2009. Lawatan ini menjadi perangsang kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih bagi mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nanti.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Saidi pengurus projek pembinaan MRSM Tumpat kerana menerima kehadiran kami. Kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.





Saturday 2 May 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK UPSR
PERINGKAT ZON
PENGKALAN KUBOR

DIADAKAN PADA

TARIKH : 2 MEI 2009
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN UPSR SEKOLAH PENGKALAN KUBOR 2
MASA : 8.00 PAGI.














Thursday 30 April 2009

Perodua Service Dan Pautan Baru

Petang ni saya ke perodua service jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Sementara menunggu siapnya kereta diservis saya ambil kesempatan untuk update blog dengan memasukkan beberapa pautan baru untuk kemudahan para pengunjung. Dua perkara yang saya tambah iaitu e-kamus dan free download al-Quran MP3.
Tuan-tuan dan puan-puan klik aje kamus yang dikehendaki dan masukkan perkataan yang dicari. Manakala untuk mendapat al-Quran MP3 pula klik tajuk tu dan pilih bacaan siapa yang diinginkan. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Saturday 25 April 2009

Hospital Raja Perempuan Zainab II

Khamis 23 April 2009 Sepupu saya telah ke hospital itu untuk menziarahi keluarganya yang sakit. Dia telah meletakkan kenderaannya di belakang kantin hospital pukul 6.00ptg. Bila nak balik alangkah terperanjatnya. Cermin kereta telah dipecahkan. Dvd player sony, power M dan beberapa eksesori lain dicuri. Anggaran kerugian islah RM2500. Buat report polis di balai polis Kota Bharu dan kemudian di bawa pula kenderaan ke IPD Kota Bharu,Pengkalan Chepa.
Menurut Inspektor Noridah dah banyak kes pecah kenderaan berlaku di Hospital ini. Pernah berlaku seorang perempuan diletakkan pisau dileher oleh pencuri.

Persoalannya dimanakah security guard hospital? Kes kecurian dan jenayah kerap berlaku dikawasan hospital. Saya cadangkan pihak pengurusan hospital menempatkan juga pengawal keselamatan di tempat parking tersebut.

Berhati-hatilah bila meninggalkan kenderaan di kawasan hospital. Pastikan pintu berkunci dan jangan meletakkan benda berharga dalam kereta. Antara kawasan berisiko berlaku kejadian pecah kenderaan di Kota Bharu ialah parking pasaraya, hotel dan masjid. Dan kepada Si pencuri. INGATLAH ANDA TIDAK AKAN SELAMAT. Walau di mana berada. Semoga anda diberi hidayah supaya selamat.

Tuesday 21 April 2009

Kursus LDP SK Sri Tumpat 2





















Kursus ini telah diadakan pada:-

Hari : Sabtu
Tarikh : 18 April 2009
Masa : 8.00-10.30pg
Tempat : Makmal Komputer SK Tumpat

Fokus kursus ini diadakan untuk meneroka internet mencari bahan untuk P&P, mengguna enjin pencari google dan yahoo. Meneroka scribd.com. Mencari video berkaitan P&P cara download menggunakan realplayer11. Melayari beberapa web berkaitan P&P.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 17























Telah diadakan pada :-

Hari : Sabtu
Tarikh :18 April 2009
Masa : 2.30ptg
Dirasmikan Oleh:- Ybrs Datuk Hj Shukry b Mohd Salleh
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Thursday 9 April 2009

Maha Suci Allah

TERPEGUN melihat bagaimana makhluk ciptaan ALLAH ini bertukar warna mengikut setiap satu benda yang disentuhnya..

Sunday 5 April 2009

Pesta Sukan Sekolah

Telah diadakan pada:-

Tarikh : 01 April 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.00pg-6.00ptg
Tempat : Padang Sekolah SK Pengkalan Kubor 2

Melibatkan semua murid Tahap 1 dan 2

Tuesday 31 March 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah 2
















Dua lagi undangan dan jemputan saya terima. Di SK Morak, Palekbang pada 26 Mac 2009 dan SK Banggul Petai, Pasir Mas, 29 Mac 2009. Bila dah dapat keizinan Ketua Jabatan saya tetap hadir. Sebagai GPI saya tidak akan menolak jemputan tersebut. Kecuali keuzuran yang tak dapat dielakkan. Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.


Sayangi Rasulullah s.aw, banyakkan berselawat kepadanya. Ikut segala sunnahnya. Insya Allah kita akan dapat bersama baginda di akhirat nanti.

Wednesday 25 March 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah




Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan hari ini. bermula jam 7.45-1.15 ptg. Acara perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Ceramah Maaulidur Rasul di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Hisham b Hj Shaari, Pegawai Khas J-Qaf PPD Tumpat. Acara dewan bercerita, azan, nasyid, dan kalam jamaa ie. Berakhir dengan jamuan makan. Bersuarai.

Tuesday 17 March 2009

Activelansing Technology


Assalamualaikum... kepada semua rakan seperjuangan.. Selamat bercuti dan berehat bersama keluarga. Saya ada satu cerita nak kongsi bersama. Perasan dak tajuk tu. Tentu perasan kan.. Ceritanya begini. pada 28 Februari yang lalu saya bersama keluarga Bilion Kota Bharu. Selepas membeli apa yang nak di beli di Bilion saya terus ke kedai ni nak beli dakwat printer BJC1000sp (BC-05 Canon). Beli lah saya dengan harga RM85.00 minta diskaun tauke tu potong lah RM3 ringgit.

Balik rumah saya buka lah dakwat tu.. terkejut saya. Dakwat tu bukan original tapi jenis refil semula. Bila pasang d printer tak berfungsi. Dengan perasaan nak marah dan geramnya saya ke kedai tu semula. Tauke kedai tu kata "you bawak kemari printer ke sini" bayangkan inilah satu-satunya kedai yang beli dakwat kena bawak printer.

Saya bawa printer tu. Lepas di test memang cartridge tu rosak. Sebab barang tu adalah yang refil bukan original.

Selepas bertekak dengan tuan kedai tu. Dia ganti semula. Jadi berhati-hatilah. Bila ke kedai tu. jangan di tipu dan tertipu. Nak tenguk tak gambar cartridge tu? Tenguk ajolah dengan resit sekali saya letak. Kalau dia tak ganti memang saya nak report Persatuan Pengguna.

Wednesday 11 March 2009

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
















MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ)
Peringkat Zon
Pengkalan Kubor
Tempat : SK Sungai Tapang
Tarikh : 11 Mac 2009


KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland