Tuesday 31 March 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah 2
















Dua lagi undangan dan jemputan saya terima. Di SK Morak, Palekbang pada 26 Mac 2009 dan SK Banggul Petai, Pasir Mas, 29 Mac 2009. Bila dah dapat keizinan Ketua Jabatan saya tetap hadir. Sebagai GPI saya tidak akan menolak jemputan tersebut. Kecuali keuzuran yang tak dapat dielakkan. Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput saya untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.


Sayangi Rasulullah s.aw, banyakkan berselawat kepadanya. Ikut segala sunnahnya. Insya Allah kita akan dapat bersama baginda di akhirat nanti.

Wednesday 25 March 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah




Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan hari ini. bermula jam 7.45-1.15 ptg. Acara perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Ceramah Maaulidur Rasul di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Hisham b Hj Shaari, Pegawai Khas J-Qaf PPD Tumpat. Acara dewan bercerita, azan, nasyid, dan kalam jamaa ie. Berakhir dengan jamuan makan. Bersuarai.

Tuesday 17 March 2009

Activelansing Technology


Assalamualaikum... kepada semua rakan seperjuangan.. Selamat bercuti dan berehat bersama keluarga. Saya ada satu cerita nak kongsi bersama. Perasan dak tajuk tu. Tentu perasan kan.. Ceritanya begini. pada 28 Februari yang lalu saya bersama keluarga Bilion Kota Bharu. Selepas membeli apa yang nak di beli di Bilion saya terus ke kedai ni nak beli dakwat printer BJC1000sp (BC-05 Canon). Beli lah saya dengan harga RM85.00 minta diskaun tauke tu potong lah RM3 ringgit.

Balik rumah saya buka lah dakwat tu.. terkejut saya. Dakwat tu bukan original tapi jenis refil semula. Bila pasang d printer tak berfungsi. Dengan perasaan nak marah dan geramnya saya ke kedai tu semula. Tauke kedai tu kata "you bawak kemari printer ke sini" bayangkan inilah satu-satunya kedai yang beli dakwat kena bawak printer.

Saya bawa printer tu. Lepas di test memang cartridge tu rosak. Sebab barang tu adalah yang refil bukan original.

Selepas bertekak dengan tuan kedai tu. Dia ganti semula. Jadi berhati-hatilah. Bila ke kedai tu. jangan di tipu dan tertipu. Nak tenguk tak gambar cartridge tu? Tenguk ajolah dengan resit sekali saya letak. Kalau dia tak ganti memang saya nak report Persatuan Pengguna.

Wednesday 11 March 2009

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
















MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ)
Peringkat Zon
Pengkalan Kubor
Tempat : SK Sungai Tapang
Tarikh : 11 Mac 2009


Friday 6 March 2009

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS & KO KURIKULUM

Kem telah diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 7 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pg-9.30mlm

Anjuran Bersama:

Unit HEM
Badan Pengawas
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Unit Ko
Kelab Persatuan dan Unit Uniform

Thursday 5 March 2009

Majlis Motivasi Keibubapaan Dan Murid

Tajuk :
Keprihatinan Menjana Kegemilangan
Penceramah :
En Mohamed b Ayob
Pensyarah Institut Pendidikan Malaysia.
Tarikh :
05 Mac 2009
Masa :
Dewan Terbuka Skpk2
Anjuran Bersama :
Unit Kurikulum.
Unit Kecemerlangan UPSR
Unit Bimbingan Kaunseling

Tuesday 3 March 2009

SRJK Yuk Tse, Tumpat.







Minggu lepas saya menerima sepucuk surat jemputan untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Dan selepas mendapat keizinan Guru Besar. Hari ini jam 1.45am. saya terus ke Sekolah Kebangsaan Yuk Tse, Tumpat. untuk memenuhi undangan tersebut. Ramai juga murid-murid Islam yang belajar di sini. Bagi saya anak-anak ini beruntung sebab dapat menguasai Bahasa Cina. di samping bahasa Melayu dan Inggeris.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland