Wednesday 28 May 2008

Hari Guru Dan Laman Web SKPK2

Khamis 22 Mei 2008- Majlis Sambutan Hari Guru dan Perasmian Laman web sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar. Majlis tahun ini acaranya agak berbeza dengan tahun lepas. Acara pertama dimulakan dengan solat hajat oleh semua guru dan murid tahap 2 dan acara terakhir sebelum acara padang ialah perasmian web sekolah. http://www.skpk2.somee.com/ . Terima kasih kepada skuad laman web skpk2 2008. Khususnya Che Fatma Syazwani, pegawai PGS sekolah. Laman web ini masih dalam pembinaan teguran membina dari sahabat dan rakan-rakan amat dialu-alukan.

Sunday 18 May 2008

Minda Ict Dan Agihan Sukatan Pelajaran

Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh beberapa orang sahabat lama yang inginkan tips IT kerana masalah pendrive tak boleh nak buka... walaupun dah di scan antivirus@spyware . Buat makluman sahabat sekelian, saya link kan blog saya dengan mindaict.blogspot.com blog ini dibangunkan oleh rakan saya En Farimi berbagai tips terkini boleh didapati di sini. Tuan-tuan klik sahaja tip ict di pautan istimewa itu.

Saya juga telah dihubungi oleh rakan-rakan GPI dalam zon pengkalan kubor, gua musang, Tanah Merah dan Pasir Putih, Kedah, Pahang serta Terengganu yang inginkan sukatan pelajaran berserta agihan mingguan. Untuk kemudahan sahabat-sahabat ku sekelian, saya link kan blog ini dengan sedara online. Klik aje. agihan mingguan. Bukan sahaja subjek Pendidikan Islam, subjek teras yang lainpun ada di sini.

Friday 16 May 2008

SELAMAT HARI GURU

Al-Fatihah..... Aku hadiahkan pahala bacaan al-fatihah ini kepada sekelian guruku sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Sesungguhnya tanpa kalian sudah tentu aku dibelenggu kejahilan yang tidak sudah. Ya Allah lapangkanlah rezeki guru-guruku walau di mana mereka berada berkatilah mereka. Dan buat rakan-rakan seperjuangan Selamat Hari Guru.

Thursday 15 May 2008

Hari Kedua Di Empress.









Gambar-gambar ini dirakamkan hari ke dua sewaktu berada di Emprees Hotel Sepang.

Memang betul-betul punya mesyuarat... Tapi Line internet di sini tak berapa best satu kumpulan boleh buka 2 notebook aje... Yang ada Mobilink Card tak dak masalah... Line hotel bermasalah.

Wednesday 14 May 2008

Selamat Bertukar




12 Mei 2008. Majlis Pertukaran Cikgu Ibrahim Mat Daud telah diadakan di Dewan Terbuka Blok B. Warga SKPK 2 kehilangan seorang guru yang amat disayangi dan berdedikasi. Dalam ucapannya beliau meminta agar murid-murid SKPK 2 terus berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu pengtahuan tanpa jemu. Bercintalah dengan buku, bertunang dengan peperiksaan dan berkahwinlah dengan kerjaya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SKPK2, yang telah memberi kerjasama yang amat baik sepanjang bertugas di sini. Bagi kami warga SKPK 2 mengucapkan selamat bertugas ditempat baru. Sesungguhnya kehilanganmu sukar dicari ganti. Semoga dilapangkan rezeki ditempat yang baru.

Monday 12 May 2008

Bulan Penghayatan Disiplin





Ahad 11 Mei 2008. Majlis Penutupan bulan penghayatan disiplin telah diadakan pada jam 7.45-8.15 pg. Bulan penghayatan disiplin yang telah diadakan selama sebulan telah diisi dengan berbagai aktiviti untuk mendisiplinkan murid. Dalam ucapan ringkas Tuan Guru Besar telah meminta agar murid terus berdisiplin walau di mana berada. Disiplin menjamin kejayaan seseorang. Orang yang berdisiplin pasti berjaya dalam hidupnya. Guru Besar juga telah menyampaikan hadiah kepada kelas-kelas yang memenangi pertandingan kecerian kelas serta pertandingan-pertandingan lain.

Saturday 10 May 2008

Kem Bestari Solat Fasa ke 2

Panitia Pendidikan Islam SKPK2 telah mengadakan kem bestari solat fasa ke 2 pada 9-10 Mei 2008. Kem ini disertai oleh semua murid tahap 1. Kem bestari solat yang merupakan program tahunan J-qaf, turut dibantu oleh guru-guru KAFA. Ternyata kem ini banyak memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menunaikan ibadah solat dengan lebih sempurna. Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini.

Wednesday 7 May 2008

Anak Kedua


Di lahirkan bulan Ogos 2005. Berusia 3 tahun. Bernama Ahmad Luqmanul Hakim. Suka sangat ikut ke surau, antara buku dengan mainan paling minat buku. Pantang ke kedai buku pasti kena beli buku. Semoga kelak nanti menjadi tokoh ilmuan sebagaimana namamu. amin.

Tuesday 6 May 2008

Happy Birthday To U




6 Mei 2008 Selamat menyambut hari ulangtahun yang ke 4 untuk anakanda Ummu Hani. Semoga panjang umur murah rezeki dan dirahmati Allah taala selalu. Wahai anak.... ketahuilah orang yang berilmu akan sentiasa diangkat darjatnya oleh Allah. Jadilah seorang yang berilmu dan bertaqwa. Bebaskan diri dari belenggu kejahilan. Jangan sia-siakan umur yang dianugerahkan Allah. Ingatlah kita tahu tarikh lahir kita. Tapi tidak tahu bilakah tarikh ajal.

Monday 5 May 2008

Selamat Menghadiri Temuduga


Khas kepada isteriku yang akan menghadiri temuduga PPPS di PSPN, pada 6 Mei 2008. Semoga dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul dan tepat.

Selamat Menghadapi UBB April 2008




Selamat menghadapi UBB April kepada semua murid SKPK 2. Semoga anda dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat. Good Luck.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland