Friday 19 September 2008

Ramadhan Al-Mubarak: Salamat Berpuasa

Datangnya bulan Ramadhan sememangnya ditunggu-tunggu. Raja bulan ini membawa rahmat dan maghfirah. 10 hari pertama adalah rahmat. 10 hari kedua adalah maghfirah. 10 hari terakhir adalah pembebasan dari neraka. Bersamalah merebut peluang keemasan yang disediakan oleh Allah s.w.t. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran kelebihan di bulan ini, lebih-lebih lagi anugerah malam Lailatul Qadr.
Jangan lepaskan peluang berterawikh, buatlah sampai 20 rekaat berjemaah lagi baik, banyakkan baca al-Quran, bersedeqah dan amalan-amalan sunat. Cuba elakkan anak-anak bermain mercun, merbahaya tu. Lebih-lebih lagi main mercun dekat surau atau masjid, mengganggu orang beribadah. Dan jangan membudayakan bulan Ramdhan semata-mata bulan "make colek dan main bedil(mercun)"

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu akan menghadapi dua kegembiraan pertama sewaktu berbuka kedua semasa menyambut hari raya"

3 comments:

Anonymous said...

Ya.. Selamat berpuasa dan semoga berjaya mendapat ganjaran lailatulqadr.

Anonymous said...

Memang pun Geram betul kalau bebudak main mercun dekat masjid atau surau... mak bapa dia orang tak reti ajar anak ke? Hidayah ya Allah.

Anonymous said...

Budaya bermain mercun bukan budaya kita, tapi budaya orang Cina nak halau hantu. Di bulan Ramadhan syaitan dah d rantai di dalam neraka. tak perlulah ain mercun. Bahaya tu silap hari bulan , malang tak berbau rumahpun boleh terbakar akibat mercun.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland