Tuesday 17 March 2009

Activelansing Technology


Assalamualaikum... kepada semua rakan seperjuangan.. Selamat bercuti dan berehat bersama keluarga. Saya ada satu cerita nak kongsi bersama. Perasan dak tajuk tu. Tentu perasan kan.. Ceritanya begini. pada 28 Februari yang lalu saya bersama keluarga Bilion Kota Bharu. Selepas membeli apa yang nak di beli di Bilion saya terus ke kedai ni nak beli dakwat printer BJC1000sp (BC-05 Canon). Beli lah saya dengan harga RM85.00 minta diskaun tauke tu potong lah RM3 ringgit.

Balik rumah saya buka lah dakwat tu.. terkejut saya. Dakwat tu bukan original tapi jenis refil semula. Bila pasang d printer tak berfungsi. Dengan perasaan nak marah dan geramnya saya ke kedai tu semula. Tauke kedai tu kata "you bawak kemari printer ke sini" bayangkan inilah satu-satunya kedai yang beli dakwat kena bawak printer.

Saya bawa printer tu. Lepas di test memang cartridge tu rosak. Sebab barang tu adalah yang refil bukan original.

Selepas bertekak dengan tuan kedai tu. Dia ganti semula. Jadi berhati-hatilah. Bila ke kedai tu. jangan di tipu dan tertipu. Nak tenguk tak gambar cartridge tu? Tenguk ajolah dengan resit sekali saya letak. Kalau dia tak ganti memang saya nak report Persatuan Pengguna.

2 comments:

Anonymous said...

askum... report aje kepada persatuan pengguna. Rasanya dah ramai yang kena tipu tu.

Anonymous said...

Demo ni lembut hati benar ya.. kalu kena ko kawe tobat report pengguna terus.. Biar masuk mesyuarat Kabinet mace kes baju koyok hantar dobi dulu.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland