Saturday 31 October 2009

Salam Takziah

Al-fatihah untuk arwah al-fadil Ustaz Abd Razab b Che Ali. Warga GPI yang bertugas di SMK Geting. Beliau telah meninggal pada pagi Jumaat 30 Oktober 2009. Telah selamat dikebumikan di Kubor Neting, Kg Geting, Tumpat.

September 1992, masih ku ingat disaat itu. Beliau dijemput untuk menyampaikan Seminar bagi Subjek Pendidikan Agama Islam tinggi kepada pelajar tingkatan lima. yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Ustaz jasamu tetap kukenang ilmu yang dicurahkan akan ku amalkan.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan murid-murid beliau. Sama-samalah kita menghadiahkan bacaan al-fatihah kepada beliau.al-Faaatihah...

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

1 comment:

Anonymous said...

Askum... En TintaAjaib. Saya salah seorang bekas muridnya. Juga nama Idi. teringat lagi semasa saya nak g temuduga nak minta kerja. Saya minta dia doakan saya. Tapi ustaz telah minta saya membaca sendiri doa tu..

Dia berikan saya doa tu ..dia minta saya bacakan ditapak tangan.. Sebelum masuk ke bilik temuduga.Lepas tu sebelum keluar dari bilik temuduga dia minta agar saya bersalam dengan pegawai penemuduga.

Alhamdulillah... saya berjaya temuduga tersebut. dan sekarang saya telah bekerja sebagai Pegawai Perikanan.

Terima kasih atas makluman tuan. Semoga roh beliau dirahmati Allah. Amin.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland