Saturday 7 November 2009

MUSIM TENGKUJUH DATANG LAGI

KOTA BHARU, 7 Nov....Banjir di negeri ini berlaku selepas hujan lebat berterusan selama empat hari yang menyaksikan lima jajahan terjejas dengan 1,210 mangsa dipindahkan. Malah, hujan lebat berterusan juga menyebabkan paras beberapa sungai mencatatkan peningkatan mendadak, melebihi paras bahaya dan mula melimpah ke kampung berdekatan tebing sungai.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan 10.22 meter berbanding paras bahaya 9 meter; paras Sungai Golok di Jenob pula 24.72 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan Sungai Kusial 17.51 meter (paras bahaya 16 meter). Keadaan itu menyebabkan semua jabatan dan agensi berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan polis sudah membuka bilik gerakan mereka 24 jam mulai tengah hari semalam. Antara jajahan teruk terjejas ialah Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli yang mana sehingga jam 7 malam tadi, 20 pusat pemindahan dibuka iaitu empat di Kuala Krai, masing-masing tiga di Machang dan Tanah Merah serta sembilan di Pasir Mas. Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berkata, jajahan Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 432 mangsa dipindahkan, 308 di Kuala Krai, 249 mangsa di Tanah Merah, 188 di Machang dan 33 di Jeli.
Beliau berkata, limpahan air sungai yang mendadak menyebabkan sekurang-kurangnya lima jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan termasuk Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Jambatan Tok Bok, Sungai Durian yang ditenggelami air sedalam satu meter. Tinjauan Berita Harian mendapati, limpahan Sungai Bukit Abal turut menyebabkan lebih 30 rumah di tebingnya ditenggelami air sehingga 0.4 meter. Seorang penduduk, Mohd Faiz Yaacob, 49, berkata jika hujan lebat berterusan kemungkinan besar mereka terpaksa berpindah kerana paras air di sungai berkenaan dibimbangi akan meningkat dengan cepat.
P/S : Jangan jadikan musim banjir sebagai pesta air.

No comments:

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland