Thursday 21 August 2008

50th International Al-Quran Reciters Assembly 1429H/2008M


Generate A Glorious Ummah. Itu lah tema Majlis Tilawah al Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini. Ianya berlangsung selama lapan hari melibatkan 76 buah negara. Pertama kalinya berlangsung di luar KL. Bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Hari ini jam 1.00 ptg saya telah menghubungi al-Fadhil Ustaz Mahmoud Abduh. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang mengajar bahasa arab kepada saya sewaktu belajar di UKM, Bangi. Sepanjang majlis tilawah ini dia menginap di Hotel Primula Beach Resort, bersama para qari dan qariah. yang lain. Lepas solat Asar di Masjid al-Muktafibillah, saya menjemputnya untuk keluar minum di sebuah gerai air buah di Seberang Takir. Lama tak jumpa bermacam cerita dibualkan.

Bagi saya memang satu kepuasan bila dapat berjumpa dengan guru yang dah lama tak berjumpa. 6.45 ptg saya hantar semula beliau di hotel tersebut. Jam 7.45 beliau mesti berada di Dewan Konvensyen tersebut sebagai juru acara majlis Bahasa Arab.


"cintailah bahasa arab kerana ianya bahasa al-Quran dan ahli syurga"

2 comments:

Amir Hazwan said...

Salamz,
taw tak kat mane nk cari video2 bacaan yang hari tu?
jazakallah

Anonymous said...

Wsalam,
Setakat ni ana tengah berusaha.. kalau dah jumlah url nya ana akan bagi tau... syukran

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland