Monday 25 August 2008

Pelancaran Bulan Kemerdekaan







24 Ogos 2008 telah diadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan. Aktivitinya ialah pertandingan kelas patriotik, kuiz kemerdekaan, guru patriotik dan lain-lain lagi.



Thursday 21 August 2008

50th International Al-Quran Reciters Assembly 1429H/2008M


Generate A Glorious Ummah. Itu lah tema Majlis Tilawah al Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini. Ianya berlangsung selama lapan hari melibatkan 76 buah negara. Pertama kalinya berlangsung di luar KL. Bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Hari ini jam 1.00 ptg saya telah menghubungi al-Fadhil Ustaz Mahmoud Abduh. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang mengajar bahasa arab kepada saya sewaktu belajar di UKM, Bangi. Sepanjang majlis tilawah ini dia menginap di Hotel Primula Beach Resort, bersama para qari dan qariah. yang lain. Lepas solat Asar di Masjid al-Muktafibillah, saya menjemputnya untuk keluar minum di sebuah gerai air buah di Seberang Takir. Lama tak jumpa bermacam cerita dibualkan.

Bagi saya memang satu kepuasan bila dapat berjumpa dengan guru yang dah lama tak berjumpa. 6.45 ptg saya hantar semula beliau di hotel tersebut. Jam 7.45 beliau mesti berada di Dewan Konvensyen tersebut sebagai juru acara majlis Bahasa Arab.


"cintailah bahasa arab kerana ianya bahasa al-Quran dan ahli syurga"

Latihan Manfaat Schoolnet Sekolah2 GTL School


Jam 10.00 pagi 12 Julai 2008 hari Sabtu saya telah di hubungi oleh En Nawee Pegawai Khas unit ICT sektor Akademik agar ke SK Wakaf Baru untuk membantu rakan JU En Saidi d situ. Ketika itu saya sedang membantu murid-murid yang bersiap untuk merobohkan khemah. Hari itu adalah hari terakhir Perkhemahan badan Berunifom sekolah. Setelah mendapat keizinan Guru Besar saya terus pulang ke rumah menukar pakaian dan terus ke Makmal Komputer SK Wakaf Baru. (biasalah kan Berkhidmat Untuk Negara mana-mana boss panggil terus bertindak)Rupa-rupanya En Marknet dan En Nawee dah ada di situ. dan saya diberi satu slot disampaikan kepada peserta kursus. Walau bagaimana pun line schoolnet hari tu bermasalah. Dan hanya sedikit sahaja input yang dapat diberikan.

Sekitar Lawatan KPM, GiTN dan Pegawai Ict Negeri









Sekitar Majlis Motivasi Ibubapa dan Murid Tahap 2




Foto Semasa Perkhemahan Agung Badan Beunifom





Program Sekolah Sepanjang Julai

Berbagai program sekolah berlangsung sepanjang Julai antaranya ialah:-

1)Motivasi ibubapa dan murid tahap 2. Pada 2 Julai 2008 3.00-6.00ptg.
2)Perkhemahan Agung Badan Beruniform. 10-12 Julai 2008.
3)Lawatan KPM, GiTN dan Pegawai ICT setiap negeri. (program sekolah anak angkat GiTN)22 Julai 2008

Wednesday 20 August 2008

Contoh Soalan Sejarah SPM

17/Ogos/2008. Saya bersama member lama sedang minum di sebuah Restoran Pantai Sri Tujoh. Apabila nak bayar harga minuman dan makanan. Tuan restoran tu jawab dah dibayar. Tertanya saya, siapa yang bayar? Tauke tu tunjukkan ke arah orang yang belanja kami. Budak tu tersenyum... kemudian dia datang dan bersalam dengan saya. Akhirnya baru teringat, rupanya dia adalah salah seorang murid yang sekarang dahpun di tingkatan lima dan akan menghadapi SPM tak lama lagi. Katanya "ustaz ada tak contoh-contoh soalan sejarah SPM?" Alamak... mana ada walaupun dah keluar UKM tapi ngajar sekolah rendah juga. Bukan sekolah menengah. Teringatlah saya blog rakan JU ICT Che Din. Jadi untuk murid yang belanja saya tu.. kunjungilah blog ini http://sejarah1spm.blogspot.com/ Insya Allah anda akan memperolehi faedahnya. Semoga anda akan cemerlang SPM nanti.

KURSUS PENYELARAS JU ICT DIS 2009

Pembugaran Ju Ict Di Rosa Passadena Cameron Highland